Sayyid Ahmad bin Muhammad al-Maliki bersama rombongan dari Makkah al-Mukaramah. |
Kami tertarik dengan perkongsian daripada beliau berkenaan dengan zikir;
"Seluruh daripada tubuh anggota manusia ini, zahir dan batin, mesti ada bahagian dalam berzikir kepada Allah.
Seperti melihat kepada masjid, melihat kepada Kaabah, melihat kepada orang alim, melihat kepada kebaikan merupakan zikir bagi mata. Begitu juga jika menangis kerana takut kepada Allah itu merupakan ibadah bagi mata.
Dan bersedekah dan memberikan pertolongan merupakan sebahagian zikir bagi tangan.
Dan berjalan menuju kepada ibadah, mengerjakan tawaf, berjalan untuk menghulurkan pertolongan merupakan zikir bagi kaki.
Dan takut kepada Allah, khusyuk, dan hadir hati kepada Allah dan menginginkan kepada kebaikan merupakan sebahagian daripada zikir bagi hati."
Menurut beliau, zikir bukan setakat mengucapkan dengan lidah tetapi seluruh anggota tubuh kita boleh mengerjakan zikir dengan melakukan kebajikan yang mengingatkan kita kepada Allah dan mengharapkan keredhaan Allah.
Kami di Jom Infaq! mengajak para pembaca sekalian untuk mengeluarkan harta ke jalan Allah, bagi membantu mereka yang memerlukan kerana mengeluarkan harta merupakan sebahagian daripada zikir bagi tangan dan mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat atas kebajikan yang kalian kerjakan.
Jom Infaq!