Memberi 1 Dibalas 10 Sehingga 700 kali ganda!

20:00


The principle of give and take; that is diplomacy—give one and take ten. - Mark Twain, author and humorist
Kata-kata di atas ambil dari buku yang dikarang oleh Adam Grant, Give and Take yang memfokuskan bagaimana dengan memberi terlebih dahulu bakal menjemput kebaikan pada kemudian hari. Mark Twain mengungkapkan, dengan menghulurkan satu (kebaikan), maka akan datang 10 kebaikan.

Tetapi sebelum Mark Twain mengungkapkan kata-kata beliau, Nabi Muhammad terlebih dahulu telah mengungkapkan melalui al-Qur'an;
Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). Surah al-An'aam, ayat 160 
Bahkan, dalam ayat yang lain, Nabi Muhammad menyampaikan melalui al-Qur'an;
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. Surah al-Baqarah, ayat 261
 Allah membalas satu kebaikan dengan 700 kebaikan yang bersamaan dengan 70000%!

Sangat rugi bagi mereka yang berharta tetapi tidak mengeluarkan harta atau kebaikan walaupun sedikit kerana Allah menjanjikan balasan yang berlipat-lipat kali ganda. Dan Allah tidak pernah memungkiri janji.

Jom Infaq!

You Might Also Like

0 comments